Al-Fatihah...
Pok Su telah balik ke pangkuan Ilahi pada hari jumaat minggu lepas punya minggu lepas. Kemalangan jalan raya...
Saya memang terkejut apabila dapat berita tentang kematian beliau. Masa tu kat office. Saya tak fikir lain. Saya cuma fikir anak-anak dia. Pasal kewangan diorang mmg takde masalah. But, to live their entire life w/o father's love will be very hard. Diorang rapat dengan ayah diorang. Manja sangat. Dan diorang masih kecik lagi. Paling besar form 4. Paling kecik 2 years old. Can u imagine how hard that will be?
Najwa takde masalah. Dia takde dalam kemalangan. Afi biasa-biasa je. Dia yang paling tak merisaukan. Masih boleh gelak, main bola, semua sama. Aleeya teruk jugak and takes time to heal completely. Dia tak boleh jalan or even duduk lagi. That worries me a lot. Takut ada side effect lain. Auni teruk jugak luka dia. Luka kat muka dia sure ada kesan sikit. Dia pon risau gak sebab dia orang yang fashion alert haha :) Saya rasa sedih sangat each time saya ubat luka dia. Dia baik sangat-sangat! Kenapa dia yang kena lalui semua benda ni? But then i know that she's a strong girl. She can make it out. Take care auni. Haziq dah tak boleh ubatkan luka auni lagi. So, do it urself !!! :')
Saya akan terus melawat diorang. Saya janji. Muar taklah jauh sangat. Maybe i can change nothing. But at least i know that they're fine. Ya Allah tolong kuatkan diorang.
You're not alone,
there is more to this i know,
you can make it out...
Pok Su Man adalah satu-satunya insan yang pernah mendorong saya untuk bermain muzik dengan ikhlas yang amat sangat. Seruling adalah major beliau.Sangat merdu. Sangat-sangat. Saya akan mendalami seruling jika diizinkan. Dia pernah cakap nak jamming dengan saya dan adik saya. Takpe, kita akan jumpa jugak satu masa nanti. Kita jamming sesama masa tu.
"Haziq pandai main seruling ehh?"
"Bolehlah sikit-sikit. Tapi memang bad ass lah haha"
"Oh,lepas ni bolehlah ganti Abah kan?"
"............. Auni, takde sapa boleh ganti abah punya tiupan seruling. No matter how hard i try to sound him, still takkan sama. Dia legend!!! haha"
" yup!!!"
.Allah sahaja yang tahu, betapa sebaknya saya masa itu. Hati saya luluh.
pesanan terakhir beliau kepada saya dan adik saya,
.mainlah lagu melayu, lagu inggeris ni bukan apa, tapi kitorang yang tua ni tak faham.
currently working on sejati by wings with my brother :) i track the drums ... for you.
No comments:
Post a Comment