Friday, November 12, 2010

The Mijonju Show !!! cemburunya...

Hai.... aku sangat cemburu gila kat mijonju. Dia ada macam-macam camera. GILA!!! Kalau nak dikira tu tak terkira...

Korang fikir dia kenal aku ke? Tak lah... Dia pun duduk kt Jepun. Aku follow dia punya video kt you tube je. Aku rasa hampir semua video dia aku dah buffer dah. Semua vid dia best. Tapi dia selalu bagi warning kat viewers yang vid dia untuk CAMERA LOVERS je... kalau tak korang akan tertidur selepas 1 minit tengok show dia. Dia ada camera dari polaroid ke lomo ke slr ke Dslr ke pinhole sampai instant camera. Tapi dia peminat kamera instant. Dia ada banyak polaroid SX 70 sebab camera tu senang sikit nak cari.

Dan aku rasa dia tu kaya. Sebab dia selalu gi jalan-jalan semata nk pergi exhibition lah, jumpa camera lovers yang lain semua. Kalau kt jepun juga takpe ni kt Hong Kong, Shanghai pun ada.

Dia ada cakap yang dia suka camera film. Dia ada hobi pelik. Iaitu mengambil gambar camera orang lain. Yes... kalau dia takde camera tu dia amik gamba je. Nak tenung lelama kot. tapi memang aku respect dia dia menjadikan hobi minat dia sebagai sumber kewangan. Jadi aku rasa dia tak pernah boring untuk terus bekerja. Dia ada website jual camera. Tapi ingat analogue camera only. Mana main DSLR kot...ceh.. google je circlerectangle.

Oklah cukup sampai sini coretan aku kali ini.

Pesanan untuk Mr. Mijonju:

"hey, I admire you so much. can we meet someday maybe... wait a minute, Can i have one of your polaroid sx 70 please... beware i will go to your house and kidnapped all your cameras. I just want to pile them all together and swimming among them...Hahaha..."

aku suka rambut dia.

Wednesday, November 10, 2010

fe2 2nd roll...







Camera : Fisheye 2
Film : mitsubishi (Expired)

sori kalau lambat loading. Saja letak bebanyak sebab excited. Kalau boleh nak letak 36 keping.

I hate Digital Lomography!!!




Ni merupakan camera lomogrphy tapi versi digital. Sebenarnya lomographic embassy tak mengkelaskan camera ni sebagai camera lomo. Sebab lomo merupakan kamera yang berasaskan analog. Dan salah satu keseronokan berlomo ialah menggunakan filem. Kita akan menjadi lebih kreatif untuk mencipta gambar yang asli tanpa perlu diedit.

Camera digital lomo ni telah mencacatkan lomo. Keunikan lomo yang ketara ialah menggunakan film tapi camera ini menggunakan memory card. Aku benci gila camera digital lomo. Masalahnya diorang mendapat sambutan.

Marilah kita memboikot camera digital lomo. Aku tak kisah kalau camera digital. Aku pun sukakan DSLR tapi jangan menggunakan nama lomo untuk melariskan jualan. Bagi semua yang baru bermula dalam bidang lomography, lomo yang menggunakan film memang payah tapi seronoknya tak terkira.

SAVE OUR FILM!!!

Tuesday, November 9, 2010

Kamen Rider !!!



Ni lahh... key chain kamen rider yang aku cakap tu cute kn..
Aku tengok ramai lomocam orang lain dh letak melambak accecories tapi lawa dan kreatif..
Ni la kengkadang aku cakap dengan die..
neck strap tu pun lawa kan...

Sebenarnya aku Die Hard Fan of Kamen Rider.
hehehehehe....
rahsia tau...

Saturday, November 6, 2010

Kodachrome...

aku dah tak boleh fikir apa-apa lagi selain lomo. Serius ni. So, aku rasa entri aku akan ada kait mengait dengan LOMO. entri ni pun aku nak cerita pasal lomo.

Tapi kali ni berbeza......
It's about a Legend...
The Legend Film...


Film ni menjadi idaman kepada semua lomographer. Asalnya film ni untuk fotografer yang pro dan expert je...Banyak fotografer dari national geographic pakai film ni. Film ni mendapat sambutan gila...

Tapi tu dulu......

Sekarang orang pakai memory card...

Disebabkan itu pihak kodak dah semakin sakit untuk menjual film ni.
Pihak diorang pun dah memberhentikan pengeluaran. Last roll processed kat Parsons.


Aku tak pernah guna film ni dan tak pernah jumpa. Otai2 lomografer pun tak pernah guna.
Jangan memain......



ni merupakan contoh gambar yang disnap menggunakan film ni. Cantik gila kan. Tapi kalau snap guna lomocam lain sikit lah gambarnya.
Aku rasa kalah DSLR walaupun korang guna potrait lens ke macro lens ke this is still the best.

END of a LEGEND
Long Life KODACHROME

Friday, November 5, 2010

Nyawa-Nyawa Ikan ...

okay... dah lama aku tak letak post baru sebab aku tengah sibuk snap gambar dengan lomocam baru tu... Best woooo lomocam tu. tapi aku telah sedar akan sesuatu yang tak disangka....



aku sedang bernafas dengan sepenuh tenaga untuk terus survive dalam dunia Lomo yang aku terjun ni....
aku ada 2 roll film yang belum develop lagi dan aku tengah sibuk snap gambar yang lain guna roll yang lain...
aku kena korek duit nak develop film tu..
jujur aku cakap aku lagi suka snap gambar dari beli dan develop film..


Masa aku develop gambar hari tu kat kedai Ah Hoe, aku kena, lebih kurang RM 20 satu roll dan kat situ ada tiga jenis film je.. Fujicolor, Kodak Gold and Mitsubishi. Nak tahu apa persamaan semua film ni...

semua expired, semua ISO 200 dan semua expired date dia January 2009...

Aku terkejut gila dan tanya nyonya tu...

" Nyonya apasal semua ISO sama hahh ?"

"hah... apa itu ISO ? Kalau kat digicam set sendiri lahh..."

"Nyonya kenapa smua film expired hahh?"

"apa expired... film ka... aioooo aku sudah beli lama oooo... u cakap u suka film expired... saya bagi lah expired..."

Aku pun cakap aku nak develop film dan dia cakap....

"Mana ada orang pakai ini sekarang.... susah mau cuci... chemical dia susah mau cari ooooo..."

" dah tahu susah kenapa jual film?"

" sebab u nak..."

aku pun keluar kedai tu dengan perasaan yang pelik... aku tersedar lagi sekali...

1. aku rasa dah tak ada orang pakai camera film ni.

2.nyonya tu dah tak order dah film lagi.

3.Dia pun tak tau sangat benda ni sebab dia pandai ambik gambar passport jek...

4. cost nak develop film semakin pricey.

5.kena tunggu 2 hari nak tunggu film tu delopped.

6. Aku rasa aku sorang je yang tau pasal Lomo kat hometown aku iaitu Batu Pahat.

Aku nak cerita kesedihan berseorangan bila buat benda yang kita suka...

aku tengok kawan aku yang ada fixed bike ( basikal yang menjadi trend remaja zaman sekarang) selalu pergi outing ngan kawan dia.. ramai2..
aku......... outing sorang2 je... lepas maghrib pergi kat jejantas (dekat ngan rumah aku) dan snap gambar sorang2... orang yang lalu lalang pandang serong jek...fikir aku orang gila.

Kawan aku tu boleh buat perbincangan nak upgrade basikal diorang...ramai2.... aku kalau nak beli accecories lomo kena tanya kat fesbuk atau blog orang.....tak leh jumpa face to face.... paling teruk decide sendiri nak beli apa sorang2....

Kawan aku tu kalau ada masalah dengan basikal dia boleh tanya member dia... ramai2... aku kalau ada masalah dengan lomocam aku kena usaha sendiri cari tahu kenapa kat flickr ke blog ke youtube ke dll.......... sorang2..

semua ini terjadi sebab lomo belum berkembang sampai ke batu pahat.. tapi aku pernah terjumpa seseorang kt lomokids....

hometown: batu pahat

ada sinar harapan.....

study kat : UIA Kuantan..

tiada harapan...

kenapa dan why????

tapi aku pelik walaupun aku sorang2 buat benda ni tapi aku rasa macam tak keseorangan bila aku snap gambar guna lomocam ni...camera tu macam boleh cakap dengan aku dan suruh go on my friend i'll always stand by u'r side... (bukan hantu atau jin ehhh)

tapi lagi seronok kalau ada kawan....

(pesanan ni khas untuk kakak aku pemilik blog kociboo)

kakngah ada duit tak ,beli lahh satu lomocam teman abgcik outing. Kakngah boleh tengok kat blog Roflcam. Paling murah RM 100. Hehehehe.... murah kan..

akhir sekali aku nak bagi tahu aku dah tak boleh keluar dari dunia lomo sebab siapa masuk tak boleh keluar...

tapi tak menyesal pun terjebak sebab benda ni best ,betul, korang cuba lahhh..

Okay sampai disini dulu..... Bye....

Aku ada letak keychain kamen rider kat fisheye aku... aku pun pernah cakap kat benda tu. (aku tak sakit mental ok)