Monday, February 25, 2013

.Berubah.

"Hidup kita di dunia ni kalau nak dibandingkan dgn kehidupan kat akhirat, 2 minit setengah je lamanya kita kat dunia"

"Ada 2 langkah yang paling senang untuk masuk syurga. Langkah pertama, pijak nafsu. Langkah kedua, masuk ke dalam syurga"

Aku takkan lupa kata-kata ni. Kata-kata ni diucapkan oleh seorang senior aku yg merupakan metal head yang pure metal. Dia ada band yang betul-betul metalcore. Pergi Gig semua. Dia screamer. Memang metal lah. Aku pon tengok dia mcm 'METAL' gila. Tapi semetal mana hati kita, kalau Allah dah pilih kita untuk mendapat hidayahnya, berubah juga kita.

Kejadian ni berlaku masa aku tgh jamming dgn adik aku kat rumah bandar. Lagu AnnaMolly - Incubus tak silap aku. Aku drum dan adik aku bass (kitorang buat band 2 orang je haha) Tengah kitorang menggila, aku ternampak ada kereta innova emas masuk ke jalan rumah aku. Aku berhenti sekejap. Aku takut ada orang nak complain sebab bising. Tapi, aku nampak ada 2 orang yang berjubah keluar dari kereta tu. Pemuda. Seperti aku. Aku tahu mereka dari madrasah. Dah beberapa kali jugak diorang datang dan aku join jugak diorang kadang-kadang tapi tak memberi impak yang besar pon :(

tapi kali ni pertama kali pemuda yang ziarah. Dan aku kenal salah sorang dari mereka. Robin!!! Screamer A Bullet Through My Head!!! Melodic Metalcore punya band!!! tapi dah lain, dia berserban, berjubah, berjanggut panjang (mcm UAI) apa dah jadi??

"Assalammualaikum, Apa nama Saudara"

"Waalaikumussalam,,,Haziq."

"Saya Hafiz dan kami dari madrasah"

Hafiz??? kenapa tak guna Robin???, hati aku.

"Kami nak ajak saudara pergi ke surau, kami ada buat program-program untuk meningkatkan keyakinan kepada Allah SWT. Dan ada bacaan hadis."

Ada banyak lagi diorang cakap, tapi aku tak ingat semua. Aku pergi surau. Dan aku nampak semua pemuda-pemuda seperti aku, sedang duduk mendengar bacaan hadis dengan sangat khusyuk. Aku tersentak. PEMUDA.

Rupa-rupanya, ketika aku sedang khusyuk mengetuk drum, memetik guitar,... ada pemuda seperti aku sedang mendengar hadis, mendengar nasihat dan membaca al-Quran. Ada rupanya...

Aku ikut sehingga mereka habis program. Dan pulang ke rumah. Hafiz atau Robin ada menyampaikan nasihat-nasihat dan keratan hadis. MasyaAllah!!! sebelum ini, aku hanya pernah nampak dia menjerit je. Tapi sekarang, dia telah balik ke pangkal jalan. Dulu aku selalu rasa aku lagi baik dari dia. Kotornya hati aku. Allah dah tunjukkan dekat aku. Semua orang boleh berubah dengan kehendaknya. Aku yakin, pertemuan aku dengan Hafiz bukan kebetulan. Allah SWT nak tunjukkan dekat aku yang perubahan itu tidak mustahil. Betul! Tidak mustahil sama sekali.

Ya Allah, bukalah pintu hati aku untuk berubah dengan sebenar-benarnya. Pilihlah aku. Aku akan berusaha sebaik mungkin untuk berubah. Aku ingin mencintaiMu dan Nabi Muhammad SAW. Wujudkanlah rasa cinta itu Ya Allah... Amin...


sejujurnya, aku rasa jahil sangat ketika aku duduk bersama mereka. Malu sangat. 

Friday, February 22, 2013

CHicken Parmesan Metalcore

gonna cook this dish today. Actually it is the normal chicken parmesan :P

metalcore sounds cool haha...




.it hurts so much when u're always on the trying side. dem!!!

Tuesday, February 19, 2013

2 years and nothing and i am finally free :'D

holding on for 2 years and nothing
still treat me like i am a stranger... nice
sounds mean, but i am okay...
at last, it comes to the end!!! yeay!!! yup. the end .

haha i am finally free... still dont recover completely, but better than dont move on at all.
as the result of my holding on mission for two years...... i am afraid to fall again.








.i am afraid of hoping.
.and it's growing up like cancer.

haziq, please learn from the past...
i can't bear the pain anymore...

.heart.



.but this one is different.
.she is sincere, i guess.

.dont worry, i just wanna be friend with her.
.hehe.

.me.



.please don't fall.
.enough is enough.

.heart.

Monday, February 18, 2013

Pok Su Man

Al-Fatihah...

Pok Su telah balik ke pangkuan Ilahi pada hari jumaat minggu lepas punya minggu lepas. Kemalangan jalan raya...

Saya memang terkejut apabila dapat berita tentang kematian beliau. Masa tu kat office. Saya tak fikir lain. Saya cuma fikir anak-anak dia. Pasal kewangan diorang mmg takde masalah. But, to live their entire life w/o father's love will be very hard. Diorang rapat dengan ayah diorang. Manja sangat. Dan diorang masih kecik  lagi. Paling besar form 4. Paling kecik 2 years old. Can u imagine how hard that will be?

Najwa takde masalah. Dia takde dalam kemalangan. Afi biasa-biasa je. Dia yang paling tak merisaukan. Masih boleh gelak, main bola, semua sama. Aleeya teruk jugak and takes time to heal completely. Dia tak boleh jalan or even duduk lagi. That worries me a lot. Takut ada side effect lain. Auni teruk jugak luka dia. Luka kat muka dia sure ada kesan sikit.  Dia pon risau gak sebab dia orang yang fashion alert haha :) Saya rasa sedih sangat each time saya ubat luka dia. Dia baik sangat-sangat! Kenapa dia yang kena lalui semua benda ni? But then i know that she's a strong girl. She can make it out. Take care auni. Haziq dah tak boleh ubatkan luka auni lagi. So, do it urself !!! :')

Saya akan terus melawat diorang. Saya janji. Muar taklah jauh sangat. Maybe i can change nothing. But at least i know that they're fine. Ya Allah tolong kuatkan diorang.

You're not alone,
there is more to this i know,
you can make it out...

Pok Su Man adalah satu-satunya insan yang pernah mendorong saya untuk bermain muzik dengan ikhlas yang amat sangat. Seruling adalah major beliau.Sangat merdu. Sangat-sangat. Saya akan mendalami seruling jika diizinkan. Dia pernah cakap nak jamming dengan saya dan adik saya. Takpe, kita akan jumpa jugak satu masa nanti. Kita jamming sesama masa tu.

"Haziq pandai main seruling ehh?"
"Bolehlah sikit-sikit. Tapi memang bad ass lah haha"
"Oh,lepas ni bolehlah ganti Abah kan?"
"............. Auni, takde sapa boleh ganti abah punya tiupan seruling. No matter how hard i try to sound him, still takkan sama. Dia legend!!! haha"
" yup!!!"

.Allah sahaja yang tahu, betapa sebaknya saya masa itu. Hati saya luluh.





pesanan terakhir beliau kepada saya dan adik saya,

.mainlah lagu melayu, lagu inggeris ni bukan apa, tapi kitorang yang tua ni tak faham.



currently working on sejati by wings with my brother :)  i track the drums ... for you.




Friday, February 8, 2013

Financial plan (worries me a lot)

saya bukan dari keluarga yang boleh bagi saya modal untuk bukak bisnes. So, saya kena usaha dgn gigih untuk mendirikan cafe sendiri. Saya memang berhasrat untuk membuat loan nanti. Tapi ayah cakap, personal loan paling lama boleh 10 tahun je. Saya ingat nak loan rm100k-150k. Mati kena bayar 2k lebih sebulan!!!
Nasib baik kakak saya ckp tunang dia buat loan rm100k, ikat 20 tahun. bolehlah.. sebulan 1k. So, tak risau sgtlah. But still takot modal benjadi penghalang terbesar saya :(  saya ingat nak kerja sampai gaji dapat rm3000 baru buat loan. Boleh hidup sikit :P
tapi tengoklah mcm mana. Kalau ada orang nak inject modal.... ok gak :)

Ya Allah, tolonglah permudahkan jalanku untuk mencapai impian aku ini. Saya tak mintak lebih, asal boleh hidup dengan sederhana dan bahagia dgn keluarga saya sambil menguruskan cafe sudah cukup. Tak perlu bermewah. Dan semoga saya sentiasa hidup zuhud dan mengingati akhirat.

OH, saya ada plan, setiap hari jumaat saya nak bagi free dish untuk orang-orang homeless. Paling tak pon bagi free roti :)  Mama ckp kena tolong orang, baru hidup kita berkat...Doakanlah saya berjaya yee..

Tuesday, February 5, 2013

Out of Topic : Pain

U made me think that u really like me,

then u just left like nothing happened...

.its my fault.

yes, my fault,

i deserve the pain...

don't worry, i can bear it :)

ehh, u will never worry.

haha :D




.this is the curse of having too much time to think about you.