Saturday, October 30, 2010

First Fisheye 2 pics...





Camera : Fisheye 2
Film : Fujicolor Superia 200 ( Expired )

Ni, antara gambar yang aku suka for my first roll. Gambar fisheye ni boleh tahan lah... Cuma aku kena pandai Imagine sendiri camne rupa gambar tu nanti. Dan lomocam ni kena snap dekat-dekat sebab bila dekat baru lawa... nasib baik aku beli fisheye 2 sebab ni ada bulb mode... Mode ni boleh dilihat di gambar ke 2. lampu nampak macam....... tak tau nak cakap camne. Yang penting aku akan capat-cepat snap 2nd roll aku. Dan akan jadi lebih pro.. (hehehe)

Guna film expired ni susah jugak... Aku cuma dapat 26 pics over 36 frame.... lepas ni try dapat full frame lak...

Monday, October 18, 2010

new LOMOCAM !!!




Aku ada cakap dalam entri aku ( tak tau yang mana satu ) yang aku nak sambar diana mini kan... bila aku study ramai orang cakap diana mini ni tak bagus dan dia famous sebab iklan banyak. Akhirnya aku beli FISHEYE 2. yay...... mula-mula aku tak minat sebab gambar dia sume sama ( bulat-bulat ) tapi bila tengok balik cool dan unik.

Lomocam ni pun senang nak pakai. Aku baru beli semalam. Kat tebrau megamall J.B. Nama kedai tu me too. Aku dapat discount 10 %. Kalau tak harga dia RM 329 tapi aku dapat RM 296. boleh la... kalau beli on-line RM 298 siap shipping.

cant wait nak tunggu develop film tu. tapi belum habis lagi. Aku dapat film free, kodak apa entah, tapi 24 frame je... hehehehe..Cepat habiskan film yesss....Aku pasti akan upload kat sini untuk first roll aku...

excited gila.........

Wednesday, October 13, 2010

cun lah...

ni gambar tembok kat depan rumah aku. Apa yang aku suka kat gambar ni ialah ini merupakan eksperimentasi aku. Masa aku snap pic ni , matahari terik tau tapi hasilnya gelap. Dan kalau korang tengok kat pokot tu ada shiny sikit kan ..... tu yang unik gila tuh... kekeke...

Tuesday, October 12, 2010

Gelapnya...

Gambar ni gelap kan... but i like.. Nampak unik gila. Kalau korang hebat mengedit gambar, cuba edit gambar sampai jadi camni. Impossssssssible.....

Camera : Holga 135 BC
Film : Fujicolor superia 200

Monday, October 11, 2010

Black corner...

Gambar ni contoh gambar lomo yang ada black corner. cantik kan.

Camera : Holga 135 BC
Film : Fujicolor superia 200

Ingat ya ...gambar lomo perlu di scan baru boleh masuk computer.
tu yang senget sikit tu...

Lomography...

ok.....
kali ni aku akan menulis mengenai lomography (lomo).

WHAT IS LOMOGRAPHY ?

aku baru ermm... 9 bulan berkecimpung dalam dunia lomo ni and masih sangat tak expert and still beginer. Tapi aku terus belajar, belajar dan belajar.

Balik kepada tajuk, lomo ni sebenarnya salah satu cabang fotografi tapi lebih unik,classic dan yang paling penting analog. Analog dalam ini bermaksud semuanya dilakukan sendiri. Seperti fotografi lomo menggunakan camera. Kita perlu lihat melalui lens dan tekan shutter. Tapi kita menggunakan FILM atau slide. Tak ada automatic (Tapi kalau LOMO LC-A ada yang semi-auto). kita kena gulung film sendiri, tukar frame sendiri dan develop film tu sendiri atau hantar kat kedai. Ok.... itu semua satu pengenalan. sekarang kita akan masuk lebih dalam lagi.

Camera (Lomocam)

Ada bermacam-macam jenis lomocam. Tapi untuk beginer korang hanya perlu tahu dua sahaja. jenis pertama yang menggunakan lens dan yang lagi satu menggunakan pinhole. Pinhole ni sebenarnya complecated sikit. Aku pun tak pernah guna cuma study je benda ni. Kalau aku tangok kat e-bay tu ada yang diperbuat daripada kertas tau. Pelik dan tak nampak meyakinkan langsung. Yang menggunakan lens ni banyak jurulomo guna.

korang jangan fikir lomocam tak boleh zoom. Tapi ada lomocam yang tak boleh zoom tau. Benda ni pun boleh tau. Tapi korang tak boleh zoom macam kat DSLR lah. Korang kena predict sendiri je. Lomocam pun tak boleh buat close-up. kalau ada pun yang dah memang sehati sejiwa dengan lomocam dia sampai boleh agak dengan sangat tepat.

lomocam pun ada aperture tau. Kalau yang aku biasa guna macam Holga 135 BC, dia ada f/8 dan f/11. Dia ikut cuaca. kalau sunny korang guna f/8 dan kalau cloudy guna f/11. Tapi korang boleh ikut suka hati korang. Tak ikut benda tu pun tak pe.

Ok, lomocam juga ada shutter speed. Depends on lomocam apa yang korang pakai. Tapi tak boleh set macam kat DSLR. cuma shutter speed dia boleh tukar jadi long exposure. Bermaksud korang boleh tekan shutter tu berapa lama yang korang suka. Aku tak pernah cuba lebih daripada 3 saat. Tak berani lagi.

Kalau kat DSLR korang boleh tukar ISO sesuka hati kan tapi kat Lomocam ,film yang mengambil alih tugas ini.

Film


Terdapat dua jenis film yang pertama 120mm dan yang kedua 35mm. Sebenarnya adalagi tapi dua ni yang basic. 120 mm sekarang suah nak cari dan mahal. nak develop pun mahal. so orang banyak guna 35 mm. senang nak develop, beli dan murah sikit. Ok.. jurulomo suka guna film yang dah expired. Film cam tu beri warna yang pelik. selalunya harga film yang dah expired ni lebih mahal daripada yang fresh sebab kena simpan lama. Ada jugak film redscale. Film ni bagi warna merah. dan nampak macam light leaking je. tapi lawa woo dan jugak mahal. Selain itu, ada black and white. Jurulomo tak suka photoshop atau picassa dan benci bnda yang diedit. Bagi aku fake gila. Jadi untuk membuktikan kebencian kita menggunakan khidmat film ntuk memberikan special effect. Kalau pasal ISO ada banyak dari 100 sampai berapa aku tak tau. Lagi besar ISO lagi terang gambar. Dan selalunya beginer guna ISO yang atas 400 sebab gambar lebih jelas dan tak terlalu blur. Kalau nak ambik gambar malam boleh guna ISO besar sikt tu pun kalau tak pakai flash.

Eksperimentasi

Yang paling penting dalam lomo ni korang kena berani kecewa, berani bereksperimen and dont give up. Mungkin first roll korang tak berapa nak berjaya. Second roll pun sama. Tapi insya-Allah third roll akan berjaya. Yang best pasal lomo ni perasaan bila film tengah diproses. Tak sabar nak tengok hasil. Extremely excited. Tapi yang edih bila keluar tu gambar tak jadi, blur, rool kosong dan hasil yang tak memuaskan. Sampai sekarang aku tak pernah dapat full roll. sebenarnya roll tak cukup tu normal sebab frame terlampau besar ke. Kalau guna wide angle lagi sikit gambar tapi yang penting cantik. Korang akan menghargai setiap gambar yang terhasil dan akan terus mencuba. setiap kali korang tengok gambar tu je teringat masa proses kau click gambar tu. Lomoraphy golden rule yang paling aku suka ialah Don't think, just shoot. Eventhough the pics are not so good but always enjoy the moment when you shoot the pics.

kakak aku ada cakap " Abg cik, lomo ni untuk orang kaya jelah". Aku tak menafikannya. Benda ni perlukan duit yang banyak untuk tempoh masa yang lama. Aku kira kalau korang serius dalam lomo selama 1 tahun korang dah boleh beli Nikon D90. Tapi desebabkan minat tak kisah kena keluar modal ,yang penting puas.

Sampai sini je. nantikan entri selepas ini yang akan menceritakan tentang lomo dengan lebih mendalam...

LOMO-ON !!!!

Aku plan hujung bulan ni nak sambar diana mini. tapi tengok bajet dulu. Kalau baejet lebih beli diana mini flash kalau tak, diana mini jelah jawabnya..... tapi still new lomocam dan banyak eksperimen yang akan dibuat... yes... sebenarnya Holga 135BC tu pun tak habis eksperimen lagi dan tak sampai lagi tahap maksimum dia. HEHEHE...