Sunday, June 27, 2010

Tolong....(about torrent or bitcomet)

Aku tengah cuba untu mendownload movie... kawan kakak aku cakap kat torrent or bitcomet boleh.. aku pun install lah benda ni.. then aku cuba nak download movie tapi x boleh.
entah apa yang dia suruh buat entah...
Peningnya.......
Marahnya.......

(Apa yang harus aku lakukan??? Bantulah aku!!!)

Complicatedlah benda tu....dah study dah kat web dia but still tak faham...

Ibu Bapa

Allah menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Israk ayat 23 hingga 25 yang bermaksud, "Dan Tuhanmu memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia. Hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Sekiranya salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya 'ah'. Janganlah kamu membentak mereka ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia. Rendahkanlah dirimu kepada mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku, kasihanilahdiri mereka sebagaimana mereka mendidikku semasa kecil.' Tuhanmu lebih mengetahui apa ada dalam hatimu. Sekiranya kamu orang baik, sesungguhnya Allah maha pengampun bagi oran-orang yang bertaubat."

(sumber:' Menjadi Muslim Terbaik' Aa Gym.)

Lihat ayat sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya 'ah'. hmmmmm................ kalau aku, dah lebih daripada 'ah' dah.( tapi tak ada lah melampau.... biasa-biasa je...)
'ah' pun dah dosa apatah lagi 'sekejaplah','nantilah','mak ni','malaslah' dan sebagainya.
Aduhai...... keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu. Ya... Allah ampuni dosaku.





(dosa dengan Allah boleh memohon ampun denganNya, dengan manusia kena minta maaf dengan manusia)

Renungkan...(Gerhana)

Pada 26.6.2010 terjadi gerhana bulan. Lagi sekali....... Aku pernah terdengar yang kalau berlakunya gerhana Allah murka kat kita(umat manusia yang mentadbir alam). Kalau kita fikirkan balik,dah berapa banyak kali berlakunya gerhana sepanjang 2009 dan 2010. Pernah juga terjadi gerhana matahari yang terlama di dunia. Dan para saintis mengambil kesempatan ini untuk mengkaji tentang gerhana dengan lebih mendalam.

Dah betapa murkanya Allah dengan kita hah.....(seram kalau fikir balik). Aku pun tak sedar-sedar. Aduhai, memang dah dekat dah. Kita pun merupakan umat akhir zamankan... Jadi muhasabahlah diri memasing (especially 'aku')

Saturday, June 26, 2010

Earphone VS Cat

satu malam yang sunyi....aku tengah baring baring tengok tv. Selepas itu, tiba-tiba kakakku memanggilku, " abg chik earphone kamu kena gigit dengan cello(nama kucing aku)." Aku pun cepat-cepat cari mana earphone aku tu........(earphone Sony tu baru aku beli last week dan berharga RM 80.99, mungkin bagi orang lain tak mahal tapi bagi aku ia mahal). Earphone tu berada di atas printer. Aku amik i-pod mak aku dan test.

Sangat menyedihkan kerana tak ada muzik yang kedengaran.Aku tanya kat kakak aku macam mana boleh jadi macam ni.Dia cakap cello dah gigit pagi tadi. Dia salahkan aku sebab letak earphone tu atas Lap top dia semalam.Aku pun flashback balik memang aku ada dengar sebuah lagu dan letak atas lap top dia. Tapi kakak aku telah memakai earphone tu selama dua hari. dan aku memang dapat earphone tu atas lap top dia pun.... dan kucing aku tu memang pantang nampak benda macam rambut ,memang dia kerjakan.

Sekarang ni siapa yang patut dipersalahkan ? Antara aku( berakal), chello ( tidak berakal) dan kakakku( berakal). Mak aku cakap kakak aku yang patut dipersalahkan. Kakak ke- dua aku cakap aku yang patut dipersalahkan. Aku berada dalam dilema , siapa yang patut dipersalahkan ?

Tapi kakak ke- dua aku cakap kita, manusia, makhluk Allah SWT yang dikurniakan akal patut berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Kucing tak ade akal dan tak berdosa pun. Lastly, aku buat keputusan bahawa kakak aku yang salah dan tak payah gantilah..... aku beli baru sendiri lagi bagus.

moral of the story bagus juga dan dapat melatih diri aku supaya menyelesaikan masalah dengan berfikir)

The End.

Thursday, June 24, 2010

Renungkan...( Palestin dan FIFA )

korang ingat lagi x masa kapal mavi marmara kene serang dengan tentera israel. korang marah x masa tu? semua tv buat liputan tang hal tu. hari hari kat surat khabar mesti ade cite pasal ma-vi marmara tak banyak pun sikit..time tu kite akan mengutuk israel dari hati yang dalam. ermm... tapi kutukan kita tu ada hasil tak ( pada korang laa ) buak-buak perasaan orang semua... sampai ade yang nak gi sana pergi bom berani mati ( hati orang yang gini memang kental and jihad lahhh ).

and sebulan selepas itu demam bola kembali setelah 4 tahun menghilang ( FIFA ).semua tv sibuk buat iklan pasal bola. hampir semualah.... bermulalah musim rakyat malaysia bangun pagi untuk menonton perlawanan bola sepak ( ada gak yang kol 7 and 10 ). Hilang tak perasaan marah korang kat israel masa tiba musim FIFA?

lihat soalan-soalan yang terkandung pada kedua-dua perenggan tersebut... pelikkan .. dengan datangnya musim bola .. mana semangat korang nak tolong palestin..... aku pun same jugak.. aku tulis post ini coz nak bagi tau ape yang aku rase. mase aku tulis post ni aku rasa malu sangat sebab tidak dapat dinafikan ketika aku menonton perlawanan portugal menentang korea utara (7-0) aku pon berteriak kerana terlampau asyik melihat gol yang bertubi-tubi... tak ingat pun pasal palestin ke mavi marmara ke.... sedangkan palestin belum bebas lagi!!!! hai...... semua dah lupakan...... hebat kuasa FIFA... mungkin tv mahupun surat khabar telah berhenti menyiarkan tentang palestin dan mula trend bola pulak.... tapi perjuangan rakyat palestin masih berterusan ketika berita tentang mereka senyap..... ( aku rasa macam hipokrit pon ade ) post ini untuk renungan aku jugak..... marilah kita berubah sikit pun jadilah..... Al-Aqsa needs our help!!!





gambar ketika pembukaan FIFA 2010





gambar di palestin..


testing...


erm.......ahahahaha......ok.........ngantuk......tidur lah...

hello...

I'm still a newbie... baru je buat blog nie supaya tak rasa macam duduk dalam tempurung (ketinggalan zaman). ni pon buat sebab nak tulis-tulis je...aku rasa blog aku ni x de main topic kot. campur2.. and hope tak boring la....kalau aku sorang je yang baca pon tak pe.lastly, aku akan berusaha untuk rajin mengupdatekan blog ini.Insyaallah.. ini sahaja pendahuluan dari seorang bernama aku.