Saturday, August 27, 2011

rock band ? I have one ...

Band terdiri daripada vocalist, guitarist ( lead & backup ), basssist dan drummer.
ni asas lah... kalau tak de backup pun takpe tapi soud tak rock lah....
apa yg aku nak cerita ialah perasaan ada sebuah band yg tak berapa nak rock...

Jujurr, aku excited gila first2...
lama-lama dah tak berapa nak excited sangat..
korang jangan fikir korang dah boleh main gitar acoustic sesorang kat rumah dah boleh main band..
korang main band baru korang tau..
ko kena tau beat semua ahli..walaupun delay 1 second beri effect besar.. mungkin terus hancur....
sebab tu kena selalu gila jamming..
(btw dlam band aku, aku paling bermasalah untuk datang practise...)

-Lead = kira macam ketua sebab semua ahli kena ikut dia..

-backup = ni untuk tambah-tambah jek... dengan kalau lagu tu banyak fillings ,backup yg tolong lead. takkan   dia buat sesorang kan....

-Bassist = ni selalunya tak berapa nak dengar.. tapi ada sesetengah lagu guna bass banyak gila... bass untuk echo selalunya.. baru berisi lagu tu..

-drummer = ni backbone kepada band... dia yg tukang jaga beat.. kalau takde drum terabur mungkin..

ni aku punya pandangan selepas ada band selama 7 bulan..(baru lagi kan)
best sebab ada aktiviti yang sehat... kat sekolah pun macam cool jugak lah...hahahaha....
tapi kena kutuk tu aku tak suka... serius lagi banyak kena kutuk dari puji...
aku tak suka kutuk band, tak kisah lah tak sedap mana band tu... betapa banyak effort dan masa yang diorang telah korban untuk band diorang... diorang tak kisah band nak berkubur ke apa ke asalkan boleh main...
I play in a band to express myself... tu yang utama..
kalau jamming, aku akan main betul-betul dan sefeeling mungkin... bila aku jamming aku akan lepaskan semua perasaan aku... memang sound kuat gila ahh amp letak full volume jek... memang macam orang gila ahh...
first2 memang main ketat jek sebab baru... lepas lama sikit dan ada chemistry antara ahli band korang boleh main best gila... boleh lompat2, baring2, jalan2, jerit2 dan macam2 lagi...

satu kepuasan bila main band ialah bila dapat completekan satu lagu dgn perfect...
korang akan rasa puas gila...
lepas tu terus nak cari lagu baru dan buat lagu sendiri....

Band aku bukan nak popular atau jadi artis...
tapi untuk mengisi masa sekolah menengah aku...
sekolah tak bermakna korang belajar dan skor periksa sepanjang masa...
dengan band ni aku takkan lupakan  memori sekolah aku....

tinggal lagi setahun jek kitorang akan bersama...

lepas tu semua ikut haluan masing-masing....


sepanjang setahun tu aku nak enjoy band ni sepuas mungkin...
tapi belajar jugak sebab nak SPM .....
study while jamming hahaha.....



No comments:

Post a Comment