satu malam yang sunyi....aku tengah baring baring tengok tv. Selepas itu, tiba-tiba kakakku memanggilku, " abg chik earphone kamu kena gigit dengan cello(nama kucing aku)." Aku pun cepat-cepat cari mana earphone aku tu........(earphone Sony tu baru aku beli last week dan berharga RM 80.99, mungkin bagi orang lain tak mahal tapi bagi aku ia mahal). Earphone tu berada di atas printer. Aku amik i-pod mak aku dan test.
Sangat menyedihkan kerana tak ada muzik yang kedengaran.Aku tanya kat kakak aku macam mana boleh jadi macam ni.Dia cakap cello dah gigit pagi tadi. Dia salahkan aku sebab letak earphone tu atas Lap top dia semalam.Aku pun flashback balik memang aku ada dengar sebuah lagu dan letak atas lap top dia. Tapi kakak aku telah memakai earphone tu selama dua hari. dan aku memang dapat earphone tu atas lap top dia pun.... dan kucing aku tu memang pantang nampak benda macam rambut ,memang dia kerjakan.
Sekarang ni siapa yang patut dipersalahkan ? Antara aku( berakal), chello ( tidak berakal) dan kakakku( berakal). Mak aku cakap kakak aku yang patut dipersalahkan. Kakak ke- dua aku cakap aku yang patut dipersalahkan. Aku berada dalam dilema , siapa yang patut dipersalahkan ?
Tapi kakak ke- dua aku cakap kita, manusia, makhluk Allah SWT yang dikurniakan akal patut berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Kucing tak ade akal dan tak berdosa pun. Lastly, aku buat keputusan bahawa kakak aku yang salah dan tak payah gantilah..... aku beli baru sendiri lagi bagus.
moral of the story bagus juga dan dapat melatih diri aku supaya menyelesaikan masalah dengan berfikir)
The End.
No comments:
Post a Comment